03 February 2012

Kasihmu bukan sekuntum bunga


Di mata manusia kufur yang hatinya tiada Cinta kepada Ilahi, kekasihnya adalah bagai sekuntum bunga. Yang indah dipandang mata, namun tidak lama sebelum layu, hilang seri dan berdebu dibawa pergi. Bercinta, biarlah sebagai benih yang disemai untuk mengejar Cinta Ilahi, Cinta Sejati…

CINTA SEJATI

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati 
Cintakan dunia, dunia kan kautinggalkan pergi
Cintakan Ilahi, cinta sejati
Puas sudah aku harungi
Hamparan dunia yang fana ini
Mencari sebutir permata cinta
Yang tak pudar sinarnya walau ditelan masa
Kini sinar-Mu mula menerangi 
Mendung hatiku cerah kembali
Terpancarlah sinar suci di lubuk hati
Menerangi gelita jiwa 
Awan mendung berarak pergi
Berganti sinar pancaran Ilahi
Tertautlah perasaan ini
Dengan cinta abadi cinta Ilahi
 [Oleh Usrah al-Wadi @ Album Meniti Mega Syawwal]

Subhanallah


 Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api!

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

 

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam

MYNEWSHUB

Isteriku dan Tangis

Satu hari isteriku menangis-(menangis yang amat.)
Ku hampiri dia, ku gosok belakangnya, ku genggam tangannya. ku renung matanya, ku lihat pada matanya penuh dengan air mata kesedihan..., kataku…

"sayang, sekiranya inilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini..."

Dia merenungku, memikirkan kata kataku.
Aku menyambung...

"sayang, apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indahnya' penderitaan ini..."

Dia terus memelukku dan menangis.
Kami saling berpelukkan, Aku juga menangis....

Tamat.
(amacam? romantik tak aku? sayangilah bini korang sebelum dia bertukar menjadi mayat...)

Selamat Menyambut MaulidurRasul 1433H


Info SemasaOleh: ustaznik

"Ku Damba Cintamu Ya RasulullahSempena kedatangan MaulidurRasul 1433H kali, saya kongsikan dengan pembaca sekalian rakaman ulasan buku saya mengenai kecintaan kepada Nabi SAW yang diterbitkan pada tahun 2011. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

‘Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah’ sempat didiskusi dan dibentangkan di beberapa buah masjid dan pejabat sekitar kawasan saya pada tahun 2011 yang lepas.

Bagi mereka yang ingin mengikutinya, saya rakamkan kuliah ini yang saya buat di sebuah agensi kerajaan: tulis buku, kenali Nabi (160)3 tahap cinta Nabi (149)maqam Ihsan (146). Ulasannya tidak jauh berbeza dengan ulasan di tempat lain. Kalau ada sedikit perbezaan, diskusi yang dibuat di Masjid Mizan, Kerteh dengan ulasan oleh Ustaz Hishamudin.

(kemaskini: komen terhadap buku ini boleh dibuat di sini)

3 perkara, sesiapa yang terdapat padanya 3 perkara ini dalam dirinya, beliau akan merasai kemanisan iman: Ia menjadikan Allah dan Rasul lebih dikasihi dari yang lain, tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, ia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana ia benci dilontarkan ke dalam api neraka.’ Bukhari dan Muslim

Banyak puji-pujian terhadap Nabi SAW oleh ulama dan pujangga Islam. Dimanifestasikan dalam bentuk burdah, qasidah, syair, nasyid dan lain-lain. Di antaranya, syair ringkas di bawah:

Dalamilah rasa rindu dengan mengikut kekasih (Nabi Muhammad SAW),

Agar tercapailah buatmu pendampingan diri dengan Tuhan yang memperkenankan,
Di lubuk hati duduklah bersendirian,
Kepada Tuhanmu berhijrahlah dengan keredhaan,
Kemuliaan muslim mengingati Junjungan,
Kehebatan diri muslim mengingati Nabi pilihan.
(Pujangga Islam)

‘Apa sahaja yang dikatakan orang mengenai Nabi, tapi itu hanya satu juzuk dan cebisan tentang dirinya,
Allah jua yang mengetahui insan pilihanNya, segala pujian hanya berlegar di tepian.
(Penyair"