03 February 2012

Kasihmu bukan sekuntum bunga


Di mata manusia kufur yang hatinya tiada Cinta kepada Ilahi, kekasihnya adalah bagai sekuntum bunga. Yang indah dipandang mata, namun tidak lama sebelum layu, hilang seri dan berdebu dibawa pergi. Bercinta, biarlah sebagai benih yang disemai untuk mengejar Cinta Ilahi, Cinta Sejati…

CINTA SEJATI

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati 
Cintakan dunia, dunia kan kautinggalkan pergi
Cintakan Ilahi, cinta sejati
Puas sudah aku harungi
Hamparan dunia yang fana ini
Mencari sebutir permata cinta
Yang tak pudar sinarnya walau ditelan masa
Kini sinar-Mu mula menerangi 
Mendung hatiku cerah kembali
Terpancarlah sinar suci di lubuk hati
Menerangi gelita jiwa 
Awan mendung berarak pergi
Berganti sinar pancaran Ilahi
Tertautlah perasaan ini
Dengan cinta abadi cinta Ilahi
 [Oleh Usrah al-Wadi @ Album Meniti Mega Syawwal]

Subhanallah


 Rumah Hangus Terbakar, Tapi Kitab Tafsir Al-Quran Langsung Tak Dijilat Api!

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

 

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam

MYNEWSHUB

Isteriku dan Tangis

Satu hari isteriku menangis-(menangis yang amat.)
Ku hampiri dia, ku gosok belakangnya, ku genggam tangannya. ku renung matanya, ku lihat pada matanya penuh dengan air mata kesedihan..., kataku…

"sayang, sekiranya inilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringannya penderitaan ini..."

Dia merenungku, memikirkan kata kataku.
Aku menyambung...

"sayang, apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indahnya' penderitaan ini..."

Dia terus memelukku dan menangis.
Kami saling berpelukkan, Aku juga menangis....

Tamat.
(amacam? romantik tak aku? sayangilah bini korang sebelum dia bertukar menjadi mayat...)

Selamat Menyambut MaulidurRasul 1433H


Info SemasaOleh: ustaznik

"Ku Damba Cintamu Ya RasulullahSempena kedatangan MaulidurRasul 1433H kali, saya kongsikan dengan pembaca sekalian rakaman ulasan buku saya mengenai kecintaan kepada Nabi SAW yang diterbitkan pada tahun 2011. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

‘Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah’ sempat didiskusi dan dibentangkan di beberapa buah masjid dan pejabat sekitar kawasan saya pada tahun 2011 yang lepas.

Bagi mereka yang ingin mengikutinya, saya rakamkan kuliah ini yang saya buat di sebuah agensi kerajaan: tulis buku, kenali Nabi (160)3 tahap cinta Nabi (149)maqam Ihsan (146). Ulasannya tidak jauh berbeza dengan ulasan di tempat lain. Kalau ada sedikit perbezaan, diskusi yang dibuat di Masjid Mizan, Kerteh dengan ulasan oleh Ustaz Hishamudin.

(kemaskini: komen terhadap buku ini boleh dibuat di sini)

3 perkara, sesiapa yang terdapat padanya 3 perkara ini dalam dirinya, beliau akan merasai kemanisan iman: Ia menjadikan Allah dan Rasul lebih dikasihi dari yang lain, tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, ia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana ia benci dilontarkan ke dalam api neraka.’ Bukhari dan Muslim

Banyak puji-pujian terhadap Nabi SAW oleh ulama dan pujangga Islam. Dimanifestasikan dalam bentuk burdah, qasidah, syair, nasyid dan lain-lain. Di antaranya, syair ringkas di bawah:

Dalamilah rasa rindu dengan mengikut kekasih (Nabi Muhammad SAW),

Agar tercapailah buatmu pendampingan diri dengan Tuhan yang memperkenankan,
Di lubuk hati duduklah bersendirian,
Kepada Tuhanmu berhijrahlah dengan keredhaan,
Kemuliaan muslim mengingati Junjungan,
Kehebatan diri muslim mengingati Nabi pilihan.
(Pujangga Islam)

‘Apa sahaja yang dikatakan orang mengenai Nabi, tapi itu hanya satu juzuk dan cebisan tentang dirinya,
Allah jua yang mengetahui insan pilihanNya, segala pujian hanya berlegar di tepian.
(Penyair" 

31 January 2012

Pak Pandir & Tahi



Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.
Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
‘Hmmm…Bentuk macam taik…’
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
‘Lembik…macam taik.’
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
‘Bau macam taik.’
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
‘MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!’
Pengajaran cerita : Jangan jadi macam Pak Pandir yer!!!

Tips untuk memperbanyakkan Selawat


Kita dah masuk bulan kelahiran Rasullullah sollallahu ‘alaihi wasallam (robi’ul awal) dah lebih 4 hari. Cuba muhasabah diri, dah berapa banyak kali kah kita mengucapkan selawat ke atas Nabi kesayangan kita???
Ayuh kawan-kawan. Sempena bulan maulid ni, mari kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda sollallahu’alaihiwasallam.

Tips supaya dapat banyak membaca selawat atas Nabi sollahu’alaihiwasallam.

  • Setiap kali SEBELUM solat fardhu, baca selawat 10x.
  • Setiap kali SELEPAS solat fardhu, baca selawat 10x.
Mudah kan?
Kalau kita dapat istiqamah baca macam tu, jumlah semua dapat la 100x kita berselawat setiap hari.
Sabda Rasullah sollallahu’alaihi wasallam yang bermaksud :
“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan berselawat ke atas nya ( turunkan rahmat keatasnya) 10 kali” – (hadis soheh)
InsyaAllah, jom kita sama-sama amalkan. Mari kita mulakan sekarang juga.

Tip Menceriakan Hubungan Suami Isteri

Memasuki hujung bulan Januari masih ada yang bertanya apa agaknya azam sepanjang tahun 2012 ini? Untuk lebih banyak bersenam? Atau lebih produktif?


Tetapi percayalah untuk menjadi lebih jujur dan terbuka dalam perhubungan suami isteri tentunya tidak ada dalam senarai azam tahun baru kebanyakan orang.
Ini kerana manusia cenderung membiarkan sesuatu perhubungan berjalan mengikut arus. Dengan mengharapkan segala halangan yang ditempuhi pulih sendiri. Paling tidak berlaku pertengkaran yang akhirnya membuatkan pasangan saling bermasam muka antara satu sama lain.
Cara terbaik untuk mempunyai hubungan yang gembira dan membahagiakan adalah berusaha ke arah tersebut.

Berikut 12 tip mudah yang mungkin dapat memperbaiki hubungan anda suami isteri menjadi lebih ceria pada tahun 2012 ini.

1. Ucapan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ dapat menunjukkan kepada pasangan yang anda menghargainya dan mengelakkan anda daripada mengambil kesempatan antara satu sama lain.
2. Usik punggung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Ia bukan tujuan seksual sebaliknya hanya untuk mencetuskan kemesraan dan keintiman.
3. Beri ciuman setiap pagi.
4. Ucapkan ‘selamat pagi’ setiap pagi.
5. Berpelukan.
6. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu malam yang berkualiti setiap minggu bersama keluarga. Jangan biar ada yang menganggu anda.
7. Sesekali gunakan gelaran manja. Namun, jika digunakan keterlaluan, ia mungkin merosakkan hubungan kerana ia mungkin sudah tidak dianggap manja.
8. Ambil giliran cuci pinggan. Mungkin boleh buat satu sistem giliran bila atau siapa yang patut melakukan.
9. Amalkan mendengar apa yang diluahkan pasangan.
10. Amalkan bersikap jujur walaupun pada perkara perkara yang mungkin anda kurang selesa.
11. Jika isteri atau suami anda tidak dapat membuat keputusan tentang di mana untuk makan luar atau filem apa yang mahu di tonton, cuba main ‘5-3-1’. Caranya seorang buat lima pilihan, pasangannya mengundi keluar dua daripadanya dan orang pertama tadi keluarakan dua lagi, jadi yang tinggal itulah tempat dituju.
12. Walaupun tinggal bersama sebagai suami isteri, pastikan masing-masing masih mempunyai tempat untuk bersendiri di mana anda boleh berehat, membuat kerja kesukaan anda atau sekadar mengelamun.